Wednesday, 17 September 2014

Whatsappp...

Siapa je yang xguna aplikasi whatsap sekarang ni kan.. Semua orang gunakannya. Sebab free & senang nak guna.

Baru2 ni jenjiran area taman aku ni ada buat group whatsap tuk PUJ6 ni. Aku pun join sama la. Yela, kena lah kenal2 dengan jiran kan. Pape nanti senang la. And whatsap group ni sangat la aktif.. 
Sekejap je dah beribu-ribu lemon msg masuk. Adeh...

Aku nak menyampuk topik2 yang dibualkan...sikit2 boleh la. But most of the time jadi silent reader je.
Sebab aku bukan senang nak ramah dengan orang. Aku ni jenis pendiam jugak kut. Hahaha....

Topik2 yang selalu dibincangkan..macam makanan & masakan. Memang x dinafikan lah..mana2 pun topik makanan memang best. Siap ada yang jual2 kek lagi. Best!
Selain tu..topik tanaman & berkebun..tolong-menolong, kirim-mengirim belikan barang2 pun ada.
Oklah tu..harmoni..

Kalau dulu2, hidup berjiran sangat akrab. Jumpa jiran tetangga bertegur sapa. Zaman sekarang ni, memasing buat hal sendiri. Semua nak jaga privasi sendiri. Sampaikan jiran tetangga pun ada yang x kenal. Jumpa depan rumah pun nak senyum punya la payah.

So pada aku, whatsap group PUJ6 kawasan perumahan aku ni ada baik nye. Dapat mengeratkan silaturrahim sesama jiran tetangga. Dah 5 tahun aku duduk sini, baru la kini aku tahu nama diorang semua. Kalau xde group whatsap ni, kompem aku xtau lagi nama jiran sebelah-menyebelah ni. 
HIHIHI....

Wednesday, 10 September 2014

Malam yang busannn...

Dah siap makan..dah siap mandi & solat (wah...solat paling last..hehehe...), time tuk lepak2 depan TV. Bukak channel ni..x menarik..bukak channel tu..x menarik..yang ni..pun x menarik...yang tu..lagilah x menarik...
Adeh...

So nak buat apa ni???
Baca novel?
no...
Makan?
baru lepas makan kut ni...
Main dengan bdk kecik berdua ni?
hurmm..tahu nye main tenet je la..
Adeh....

Lepak2 saja la...
Hahaha...sungguh malam yg bosan

Saturday, 6 September 2014

ZOO NEGARA....

Buat kata Rania...ZOO GENARA. oH MY!!


Kenapa Zoo Genara? Sebabnya Rania pelat lagi. Suka hati dia je nak sebut apa saja. Dah penat betulkan ayat dia tapi masih salah sebutan. Sila abaikan

Lama dah tak pergi zoo ni. Kalau tak silap last sekali masa pergi reramai dengan parents & adik-beradik aku dulu. Masa tu Zamil kecik lagi. Rania pun belum ada.

So atas permintaan Zamil, maka terhasil lah lawatan ke Zoo Negara ini..


Bila dekat je dia larii..

 Dalam Taman Rama-rama..

 Kunun-kunun nak angkat telor dinosour...

 Kemain die melepak..

 Cantik view tepi tasik ni..rest kejap kat sini after berjalan..Zoo ni luas jugak

 Alololo...

 Melawat rusa ternakan..hahaha...

 Buat lukisan kat muka..tapi buat kecik je kat pipi dia. Free of charge. Memang xde bayaran pape cuma org ramai boleh buat sumbangan seikhlas hati untuk tabung kegunaan haiwan dalam zoo.

Time ni suruh Rania lukis gak..maybe lukis bunga ke, xpun rama-rama tapi dia tak mau. Takut apa tah..

 Hasil bila lukisan siap sepenuhnya. Cantik!!

 Sambil tunggu animal show sempat lagi ber'selfie'. ekekeke...

 Fish, u wanna kiss me? OhMaiii...

 On da way to Panda's house..tapi kami xmasuk pun..malas nak tambah duit p tengok panda duk saja membesarkan badan..hehe..

 lelaki2 ku yg chumel..

 Muka penat..asyik mintak dukung je

 Melilau carik benda nak beli. Kalau xmembeli bukan namanya Zamil..Time ni Rania tengah mengePOW ayah dia

 Maskot yg menanti kat depan pintu masuk

 Zoo Map

Opening hours & Entrance fee ada di luar kaunter tiket.

Kami mulanya just berjalan je. Sebab nak tengok animal show so kami patah balik ke pintu masuk. Animal show hanya ada 2 kali sehari aje. Kalau terlepas slot pagi alamat kena tunggu yg petang..yang mana tak mungkin kami akan tunggu.

Gambar2 masa tengah tengok animal show tu ada dalam kamera Pink aku tapi lum sempat nak save dalam lappy ni lagi. So memang tak de kat sini. HEHE..

After habis menonton animal show kami terus ke tempat trem. Decide tuk naik trem je sebab tak larat nk jalan dah. Baju abis basah dengan peluh. Plus, biasalah...Si Princess Rania ni asyik nak dukung jek. Alasan biasa, 'kaki sakit'..Ceh! Cakap penat sudah...

Cuaca sangat baik. Awal dari rumah plan nak pegi KLCC after balik dari zoo...tapi nampak gayanya memasing dah penat & kelaparan. So, amik keputusan tuk balik je. Memang penat & ngantuk.

So far sangat happy bila tengok budak2 ni happy. walau ada gak babak2 yang rasa cam nak telan diorang. hahahaha...





EID MUBARAK!!!

Salam Aidiladha, ( Sunday,October 5 2014) Selamat Hari Raya Aidiladha Kemeriahan Aidiladha tak la sehebat A idilfitri di sini. Kalau di ...