Monday, 6 October 2014

EID MUBARAK!!!

Salam Aidiladha, (Sunday,October 5 2014)

Selamat Hari Raya Aidiladha

Kemeriahan Aidiladha tak la sehebat Aidilfitri di sini. Kalau di Kelantan memang sedia maklum Aidiladha di sambut meriah.

Tahun ni disebabkan raya puasa di Perak, makanya raya Haji disambut di Pahang la pulak. Cuti raya sampai isnin je. Memang dah tak sambung lagi dah. Nak jimat cuti. Hujung tahun nak bercuti lagi.Hehe...


Bertolak dari KL after aku abis keje. Dalam kul 5 baru gerak dari ofis. Time ni hujan lebat. So ditambah lak dengan waktu orang balik kerja, so dah boleh agak la keadaan jalanraya macamana.Jammed tapi dah ready.
 
Ni gambar turun bukit kat Genting Sempah nak ke Bentong. Dah slow tapi bergerak la.

Sampai je Bandar Temerloh kami decide nak pegi makan dulu. Kunun2 lapar la. Memang pun en suami tengah lapar sangat katanya. Pilihan kami semestinya gulai tempoyak ikan patin..HeHeHe...


Ni la kedai makan nya.. Kedai yang sangat ramai dengan orang dari serata tempat. Datang hanya nak menikmati keenakan patin tempoyaknya..
After puas makan terus balik rumah mak. Sampai malam jugak la jumaat tu.

Next day, sabtu tu..pagi dah busy buat persiapan nak raya esoknya. Mak buat lemang, rendang, nasi impit..apa tah lagi ye..hurm..banyak sangat makanan sampai lupa..HaHaHa...


Ni time lemang ni tengah di bakar

Tahun ni Raya Aidiladha jatuh pada bulan Oktober. Sempat la kami celebrate birthday Abah yang ke 64 tahun..Juga sambut bersama birthday anak buah aku iaitu Adam (10thn) & Lisa (12thn)

Sharing da moment together ya..

Nyengeh jek..

Steady jek..

Control macho katanya..hehe..

OK ok aje..haha..

Wefie..

    Budak yang x sabar nak merasa kek..

 Time ni xde lah macam raya puasa nak berziarah rumah ke rumah. Just pagi pergi sembahyang raya then balik dari sembahyang makan-makan kejap. Kalau ada yang buat korban, yang lelaki akan pergi tolong gotong-royong la. Biasanya kalau yang buat korban tu jauh, kaum wanita duduk rumah je. Kalau dekat adalah pergi tolong-tolong tu.

Yang nyata bila ada kat kampung, mulut asyik mintak di sumbat makanan je.Makan, makan dan makan. Nak pulak tukang masak ramai. HahaHa... Aku je yang jadi tukang makan. Bab masak-masak ni pas kat Along & adik-adik ipar je sebab diorang champion kat dapur. KihKihKih...  

Raya haji jatuh pada hari ahad. So isnin dapat cuti percuma. So isnin pagi dah kena balik KL sebab selasa dah kerja. Saja x sambung cuti sebab hujung tahun nak pakai cuti tuk bercuti. 

Arghhh...esok dah kerja!!! 

No comments:

Post a Comment

EID MUBARAK!!!

Salam Aidiladha, ( Sunday,October 5 2014) Selamat Hari Raya Aidiladha Kemeriahan Aidiladha tak la sehebat A idilfitri di sini. Kalau di ...