Monday, 6 October 2014

EID MUBARAK!!!

Salam Aidiladha, (Sunday,October 5 2014)

Selamat Hari Raya Aidiladha

Kemeriahan Aidiladha tak la sehebat Aidilfitri di sini. Kalau di Kelantan memang sedia maklum Aidiladha di sambut meriah.

Tahun ni disebabkan raya puasa di Perak, makanya raya Haji disambut di Pahang la pulak. Cuti raya sampai isnin je. Memang dah tak sambung lagi dah. Nak jimat cuti. Hujung tahun nak bercuti lagi.Hehe...


Bertolak dari KL after aku abis keje. Dalam kul 5 baru gerak dari ofis. Time ni hujan lebat. So ditambah lak dengan waktu orang balik kerja, so dah boleh agak la keadaan jalanraya macamana.Jammed tapi dah ready.
 
Ni gambar turun bukit kat Genting Sempah nak ke Bentong. Dah slow tapi bergerak la.

Sampai je Bandar Temerloh kami decide nak pegi makan dulu. Kunun2 lapar la. Memang pun en suami tengah lapar sangat katanya. Pilihan kami semestinya gulai tempoyak ikan patin..HeHeHe...


Ni la kedai makan nya.. Kedai yang sangat ramai dengan orang dari serata tempat. Datang hanya nak menikmati keenakan patin tempoyaknya..
After puas makan terus balik rumah mak. Sampai malam jugak la jumaat tu.

Next day, sabtu tu..pagi dah busy buat persiapan nak raya esoknya. Mak buat lemang, rendang, nasi impit..apa tah lagi ye..hurm..banyak sangat makanan sampai lupa..HaHaHa...


Ni time lemang ni tengah di bakar

Tahun ni Raya Aidiladha jatuh pada bulan Oktober. Sempat la kami celebrate birthday Abah yang ke 64 tahun..Juga sambut bersama birthday anak buah aku iaitu Adam (10thn) & Lisa (12thn)

Sharing da moment together ya..

Nyengeh jek..

Steady jek..

Control macho katanya..hehe..

OK ok aje..haha..

Wefie..

    Budak yang x sabar nak merasa kek..

 Time ni xde lah macam raya puasa nak berziarah rumah ke rumah. Just pagi pergi sembahyang raya then balik dari sembahyang makan-makan kejap. Kalau ada yang buat korban, yang lelaki akan pergi tolong gotong-royong la. Biasanya kalau yang buat korban tu jauh, kaum wanita duduk rumah je. Kalau dekat adalah pergi tolong-tolong tu.

Yang nyata bila ada kat kampung, mulut asyik mintak di sumbat makanan je.Makan, makan dan makan. Nak pulak tukang masak ramai. HahaHa... Aku je yang jadi tukang makan. Bab masak-masak ni pas kat Along & adik-adik ipar je sebab diorang champion kat dapur. KihKihKih...  

Raya haji jatuh pada hari ahad. So isnin dapat cuti percuma. So isnin pagi dah kena balik KL sebab selasa dah kerja. Saja x sambung cuti sebab hujung tahun nak pakai cuti tuk bercuti. 

Arghhh...esok dah kerja!!! 

Wednesday, 17 September 2014

Whatsappp...

Siapa je yang xguna aplikasi whatsap sekarang ni kan.. Semua orang gunakannya. Sebab free & senang nak guna.

Baru2 ni jenjiran area taman aku ni ada buat group whatsap tuk PUJ6 ni. Aku pun join sama la. Yela, kena lah kenal2 dengan jiran kan. Pape nanti senang la. And whatsap group ni sangat la aktif.. 
Sekejap je dah beribu-ribu lemon msg masuk. Adeh...

Aku nak menyampuk topik2 yang dibualkan...sikit2 boleh la. But most of the time jadi silent reader je.
Sebab aku bukan senang nak ramah dengan orang. Aku ni jenis pendiam jugak kut. Hahaha....

Topik2 yang selalu dibincangkan..macam makanan & masakan. Memang x dinafikan lah..mana2 pun topik makanan memang best. Siap ada yang jual2 kek lagi. Best!
Selain tu..topik tanaman & berkebun..tolong-menolong, kirim-mengirim belikan barang2 pun ada.
Oklah tu..harmoni..

Kalau dulu2, hidup berjiran sangat akrab. Jumpa jiran tetangga bertegur sapa. Zaman sekarang ni, memasing buat hal sendiri. Semua nak jaga privasi sendiri. Sampaikan jiran tetangga pun ada yang x kenal. Jumpa depan rumah pun nak senyum punya la payah.

So pada aku, whatsap group PUJ6 kawasan perumahan aku ni ada baik nye. Dapat mengeratkan silaturrahim sesama jiran tetangga. Dah 5 tahun aku duduk sini, baru la kini aku tahu nama diorang semua. Kalau xde group whatsap ni, kompem aku xtau lagi nama jiran sebelah-menyebelah ni. 
HIHIHI....

Wednesday, 10 September 2014

Malam yang busannn...

Dah siap makan..dah siap mandi & solat (wah...solat paling last..hehehe...), time tuk lepak2 depan TV. Bukak channel ni..x menarik..bukak channel tu..x menarik..yang ni..pun x menarik...yang tu..lagilah x menarik...
Adeh...

So nak buat apa ni???
Baca novel?
no...
Makan?
baru lepas makan kut ni...
Main dengan bdk kecik berdua ni?
hurmm..tahu nye main tenet je la..
Adeh....

Lepak2 saja la...
Hahaha...sungguh malam yg bosan

Saturday, 6 September 2014

ZOO NEGARA....

Buat kata Rania...ZOO GENARA. oH MY!!


Kenapa Zoo Genara? Sebabnya Rania pelat lagi. Suka hati dia je nak sebut apa saja. Dah penat betulkan ayat dia tapi masih salah sebutan. Sila abaikan

Lama dah tak pergi zoo ni. Kalau tak silap last sekali masa pergi reramai dengan parents & adik-beradik aku dulu. Masa tu Zamil kecik lagi. Rania pun belum ada.

So atas permintaan Zamil, maka terhasil lah lawatan ke Zoo Negara ini..


Bila dekat je dia larii..

 Dalam Taman Rama-rama..

 Kunun-kunun nak angkat telor dinosour...

 Kemain die melepak..

 Cantik view tepi tasik ni..rest kejap kat sini after berjalan..Zoo ni luas jugak

 Alololo...

 Melawat rusa ternakan..hahaha...

 Buat lukisan kat muka..tapi buat kecik je kat pipi dia. Free of charge. Memang xde bayaran pape cuma org ramai boleh buat sumbangan seikhlas hati untuk tabung kegunaan haiwan dalam zoo.

Time ni suruh Rania lukis gak..maybe lukis bunga ke, xpun rama-rama tapi dia tak mau. Takut apa tah..

 Hasil bila lukisan siap sepenuhnya. Cantik!!

 Sambil tunggu animal show sempat lagi ber'selfie'. ekekeke...

 Fish, u wanna kiss me? OhMaiii...

 On da way to Panda's house..tapi kami xmasuk pun..malas nak tambah duit p tengok panda duk saja membesarkan badan..hehe..

 lelaki2 ku yg chumel..

 Muka penat..asyik mintak dukung je

 Melilau carik benda nak beli. Kalau xmembeli bukan namanya Zamil..Time ni Rania tengah mengePOW ayah dia

 Maskot yg menanti kat depan pintu masuk

 Zoo Map

Opening hours & Entrance fee ada di luar kaunter tiket.

Kami mulanya just berjalan je. Sebab nak tengok animal show so kami patah balik ke pintu masuk. Animal show hanya ada 2 kali sehari aje. Kalau terlepas slot pagi alamat kena tunggu yg petang..yang mana tak mungkin kami akan tunggu.

Gambar2 masa tengah tengok animal show tu ada dalam kamera Pink aku tapi lum sempat nak save dalam lappy ni lagi. So memang tak de kat sini. HEHE..

After habis menonton animal show kami terus ke tempat trem. Decide tuk naik trem je sebab tak larat nk jalan dah. Baju abis basah dengan peluh. Plus, biasalah...Si Princess Rania ni asyik nak dukung jek. Alasan biasa, 'kaki sakit'..Ceh! Cakap penat sudah...

Cuaca sangat baik. Awal dari rumah plan nak pegi KLCC after balik dari zoo...tapi nampak gayanya memasing dah penat & kelaparan. So, amik keputusan tuk balik je. Memang penat & ngantuk.

So far sangat happy bila tengok budak2 ni happy. walau ada gak babak2 yang rasa cam nak telan diorang. hahahaha...





Friday, 1 August 2014

 SALAM AIDILFITRI 2014

 Alhamdulillah..Sampai jugak bulan syawal tahun ini. Untuk tahun ni kami beraya di kampung hubby..kat Selekoh Perak. Macamni la kami..every year gilir2 time balik kampung.

Tiap tahun sure ada tema color tuk baju raya. Tapi tahun ni kami repeat tema tahun lepas sebab encik hubby kata baju melayu dia ok lagi. Tapi aku & anak2 dapat baju baru. Yeayy!!!

Yang tak syok nya...tahun ni aku cuti setakat yang public holiday tu je. Dekat tempat kerja aku memang kalau time raya ada giliran amik cuti ni..so tahun ni aku cuti before raya. Boleh kata aku ni beraya sakan tiap 2 tahun sekali la.. Tapi macam tu pun...shoping raya sakan jugak..Ahakksss!!!


 Potret di pagi raya. Ya Allah...terselak pulak dak Rania ni..


 Selfie sikit..ececeh...

 Cucu2 bergambar dengan mbah lanang & mbah widok..tapi xlengkap lagi ni sebab anak2 abang ipar yg sulung belum sampai . Diorang raya ke3 baru balik perak.

 Kami sahaja la yang ada...

 Kak Jila (kakak ipar) & Abg Wan (suaminya)
Sweet...

 Hubby & siblings with their parents. Yang xde cuma abang yg sulung.
Alhamdulillah dapat jugak adik iparku (depan sekali) sambut raya bersama. Dah lebih kurang 4 tahun rasanye xdapat sambut 1st day raya sebab on duty. Almaklum..steward keje nya...

 Cute sangat baby cousin hubby ku ini..nyenyak sungguh dia tido.. xde rezeki aku nak dapat buat masa ni..pegang & main dengan baby orang pun jadi la..

 Rania Zahira yang manja

 Zamil Rusyaidi yang macho & selamba

 Alololo....

 Comel

 Pose sikit la ye...hihi...

 Klasik bila bergambar kat tingkap kayu macam ni..

 Sorang lagi model tingkap..haha...

 Selfie kat kampung aku lak..ni kat Pahang..Raya kedua...

hEhEhE....

Kesimpulannya, raya pertama di Perak waktu pagi. Tengahari nye balik Temerloh Pahang. Raya kedua beraya kat Pahang pulak. Raya ketiga aku dah kerja..

Tensionnn!!! Dengar lagu raya je jadi geram..hahaha...xpe xpe...tahun depan aku raya sakan..seminggu aku cuti!!! hahahaha....

K bai..

Thursday, 3 July 2014

Ramadhan datang lagi

Alhamdulillah... Sampai lagi di bulan yang sangat berkat ini..

Hari ni hari ke6 aku berpantang sebab miscarriage ni. Dah masuk 5 Ramadhan pun hari ni.

Puasa tak aku? Hahaha.. Baru hari ni aku dapat puasa. Alhamdulillah...ingatkan dapat la tahun ni puasa penuh tapi perancangan ALLAH itu lebih sempurna.

Nak buka puasa apa ye hari ni? Entahlah..belum ada idea lagi. Tunggu en suami balik kerja la baru pikir nak buka puasa apa. Eleh..macam la aku leh makan serba-serbi kan. Kata dlm tempoh berpantang. hahahahaha... haah la, aku bpantang skrg ni..hihi...

Selamat berpuasa semua!!!

Tuesday, 1 July 2014

Sedihnyeee...

Tak siapa sangka begini jadinya..

Jujurnya aku x sabar nak tunggu 'ia' membesar tapi apa dayaku..

Aku tak sangka cairan yang keluar 2 hari berturut-turut walaupun sikit-sikit sangat adalah petanda sesuatu yang tak baik. Sorang kawan kata "its okay.Awal trimester pregnancy memang macam ni". Sebab katanya dia dulu pun macam tu. Since aku tak de rasa sakit or pape so aku rileks je dulu.

But sorang lagi kawan suruh aku check dengan doktor. Takut jadi macam dia katanya. As aku punya check up on the 3rd day peristiwa tu so aku tunggu sampai check up time tu la.
On the check up day tu, aku pun cerita la dekat doktor apa yang jadi. Doktor Hane cakap dia kena scan tengok la. So terus scan. Time check up ni aku pegi dengan Rania. Husband aku kerja. Terus doktor Hane scan. Ayat 1st dia.."Keciknya saiz kandungan awak ni". Aku still tak syak pape lagi. Just jawab yang aku memang tak de selera makan. Sebab masa mengandungkan Rania dulu pun kandungan aku kecik sikit sebab 1st trimester tu aku tak lalu makan.

Muka doktor Hane berubah sikit. Dia cakap patutnya 11 minggu dah nampak janin. Zapp!!! Terus aku terkejut. Apa maknanya tu? Duh!!! Terus rasa tak sedap hati. So dia explain. Maybe ada 2 kemungkinan. First, maybe date period tu salah. Tapi aku nafikan sebab aku memang sgt sgt sgt menjaga tarikh period aku ni..siap tanda lagi kat kalendar. So tak mungkin silap. Kemungkinan yang kedua kata Doktor Hane ialah..kandungan tak jadi. ALLAH!! Jangan la..aku tak mau kemungkinan yang kedua ni terjadi. Tapi apa daya aku?

Doktor Hane terus buatkan surat refer. So aku bawak surat tu ke KPJ Tawakal Specialist serta-merta. Dengan Rania skali aku bawak sebab dia tak mau duduk kat taska. Husband aku akan tunggu aku terus kat hospital tu sebab nak jimat masa. Maklumlah hari tu hari jumaat. Tengahari takut jammed lak nanti.

 Ini scan masa 6weeks

 Ini scan minggu yang ke 11. Kalau nampak dalam scan tu tercatat usianya baru 8 mggu sahaja.

Refer letter yang doktor bagi

Dekat Tawakal aku jumpa Doktor Abdul Rahman. Kebetulan hari yang aku pergi tu pakar O&G cuma ada 2 org sahaja. Sorang lagi pulak tak amik patient baru..cuma temujanji sahaja. Tak kisahlah. Janji dapat tahu masalah sebenarnya.

Disebabkan aku sampai Tawakal dah pukul 1 ptg..kena tunggu la sampai abis sembahyang jumaat baru dapat jumpa doktor. Hati makin resah. Mujur husband faham. Banyak kata2 positif dan pujukan dari dia. Tapi kata2 dari wife abang ipar aku yang merupakan doktor sakit puan buat aku betul2 tak senang duduk. Dia suruh aku prepare mental dan emosi. Kata dia harapan postif sangat tipis..SGT TIPIS..Waaaaa!!!!!!!

Akhirnya dalam pukul 3 lebih baru dapat jumpa doktor. Sampai depan doktor after soal siasat sekali lagi perut aku di scan. Terus dengan jelas dan nyata doktor tu cakap kandungan aku tak jadi. Memang tiada janin dalam perut ku. Proses tu terhenti di minggu yang ke8.  Airmata terus je mengalir. Sedih yang tak tergambar..tak dapat nak diluahkan..Malah saat aku menaip ayat2 ini airmata masih mengalir. 

En suami dihujung kaki duk la nyusap2 kaki aku. Aku faham tindakan dia tu. Nak pujuk & tenangkan aku. Tapi airmata tetap gak ngalir. Redha la hati. Kandungan ini bukan milikku lagi. Ye aku redha tapi sedihnya tetap terasa.

Doktor bagi aku 2 pilihan antara lakukan D&C atau biar kandungan tu gugur & luruh dgn sendirinya. Tapi dia nasihatkan aku buat prosedur D&C supaya aku tak rasa sakit. So aku setuju. Akhirnya D&C la yang terjadi. Malamnya aku admitted & besok pagi jam 9 aku di tolak ke dewan pembedahan untuk melakukan D&C. Masa di bius airmata masih mengalir. Doktor2 yang ada suruh aku redha. Kata mereka pasti ada lagi rezeki untuk aku. Ya. Pasti ada hikmahnya.

Setelah 11 minggu 'ia' menghuni ruang rahim ku..kini aku terpaksa dengan rela hati melepaskan dia pergi.


 Sakit tangan saya tu.

 Time untuk bertungku

Kaki kena pakai stokin.Untuk elak masuk angin..buat kata mak bidan yang tolong ngurut aku tu.

So, dalam sebulan ni kena la berpantang makan macam orang bersalin. Orang lain berpantang dengan adanya baby tapi aku berpantang sorang2. hehe... tabahlah hati.REDHA!!!



EID MUBARAK!!!

Salam Aidiladha, ( Sunday,October 5 2014) Selamat Hari Raya Aidiladha Kemeriahan Aidiladha tak la sehebat A idilfitri di sini. Kalau di ...