Tuesday, 1 July 2014

Sedihnyeee...

Tak siapa sangka begini jadinya..

Jujurnya aku x sabar nak tunggu 'ia' membesar tapi apa dayaku..

Aku tak sangka cairan yang keluar 2 hari berturut-turut walaupun sikit-sikit sangat adalah petanda sesuatu yang tak baik. Sorang kawan kata "its okay.Awal trimester pregnancy memang macam ni". Sebab katanya dia dulu pun macam tu. Since aku tak de rasa sakit or pape so aku rileks je dulu.

But sorang lagi kawan suruh aku check dengan doktor. Takut jadi macam dia katanya. As aku punya check up on the 3rd day peristiwa tu so aku tunggu sampai check up time tu la.
On the check up day tu, aku pun cerita la dekat doktor apa yang jadi. Doktor Hane cakap dia kena scan tengok la. So terus scan. Time check up ni aku pegi dengan Rania. Husband aku kerja. Terus doktor Hane scan. Ayat 1st dia.."Keciknya saiz kandungan awak ni". Aku still tak syak pape lagi. Just jawab yang aku memang tak de selera makan. Sebab masa mengandungkan Rania dulu pun kandungan aku kecik sikit sebab 1st trimester tu aku tak lalu makan.

Muka doktor Hane berubah sikit. Dia cakap patutnya 11 minggu dah nampak janin. Zapp!!! Terus aku terkejut. Apa maknanya tu? Duh!!! Terus rasa tak sedap hati. So dia explain. Maybe ada 2 kemungkinan. First, maybe date period tu salah. Tapi aku nafikan sebab aku memang sgt sgt sgt menjaga tarikh period aku ni..siap tanda lagi kat kalendar. So tak mungkin silap. Kemungkinan yang kedua kata Doktor Hane ialah..kandungan tak jadi. ALLAH!! Jangan la..aku tak mau kemungkinan yang kedua ni terjadi. Tapi apa daya aku?

Doktor Hane terus buatkan surat refer. So aku bawak surat tu ke KPJ Tawakal Specialist serta-merta. Dengan Rania skali aku bawak sebab dia tak mau duduk kat taska. Husband aku akan tunggu aku terus kat hospital tu sebab nak jimat masa. Maklumlah hari tu hari jumaat. Tengahari takut jammed lak nanti.

 Ini scan masa 6weeks

 Ini scan minggu yang ke 11. Kalau nampak dalam scan tu tercatat usianya baru 8 mggu sahaja.

Refer letter yang doktor bagi

Dekat Tawakal aku jumpa Doktor Abdul Rahman. Kebetulan hari yang aku pergi tu pakar O&G cuma ada 2 org sahaja. Sorang lagi pulak tak amik patient baru..cuma temujanji sahaja. Tak kisahlah. Janji dapat tahu masalah sebenarnya.

Disebabkan aku sampai Tawakal dah pukul 1 ptg..kena tunggu la sampai abis sembahyang jumaat baru dapat jumpa doktor. Hati makin resah. Mujur husband faham. Banyak kata2 positif dan pujukan dari dia. Tapi kata2 dari wife abang ipar aku yang merupakan doktor sakit puan buat aku betul2 tak senang duduk. Dia suruh aku prepare mental dan emosi. Kata dia harapan postif sangat tipis..SGT TIPIS..Waaaaa!!!!!!!

Akhirnya dalam pukul 3 lebih baru dapat jumpa doktor. Sampai depan doktor after soal siasat sekali lagi perut aku di scan. Terus dengan jelas dan nyata doktor tu cakap kandungan aku tak jadi. Memang tiada janin dalam perut ku. Proses tu terhenti di minggu yang ke8.  Airmata terus je mengalir. Sedih yang tak tergambar..tak dapat nak diluahkan..Malah saat aku menaip ayat2 ini airmata masih mengalir. 

En suami dihujung kaki duk la nyusap2 kaki aku. Aku faham tindakan dia tu. Nak pujuk & tenangkan aku. Tapi airmata tetap gak ngalir. Redha la hati. Kandungan ini bukan milikku lagi. Ye aku redha tapi sedihnya tetap terasa.

Doktor bagi aku 2 pilihan antara lakukan D&C atau biar kandungan tu gugur & luruh dgn sendirinya. Tapi dia nasihatkan aku buat prosedur D&C supaya aku tak rasa sakit. So aku setuju. Akhirnya D&C la yang terjadi. Malamnya aku admitted & besok pagi jam 9 aku di tolak ke dewan pembedahan untuk melakukan D&C. Masa di bius airmata masih mengalir. Doktor2 yang ada suruh aku redha. Kata mereka pasti ada lagi rezeki untuk aku. Ya. Pasti ada hikmahnya.

Setelah 11 minggu 'ia' menghuni ruang rahim ku..kini aku terpaksa dengan rela hati melepaskan dia pergi.


 Sakit tangan saya tu.

 Time untuk bertungku

Kaki kena pakai stokin.Untuk elak masuk angin..buat kata mak bidan yang tolong ngurut aku tu.

So, dalam sebulan ni kena la berpantang makan macam orang bersalin. Orang lain berpantang dengan adanya baby tapi aku berpantang sorang2. hehe... tabahlah hati.REDHA!!!



No comments:

Post a Comment

EID MUBARAK!!!

Salam Aidiladha, ( Sunday,October 5 2014) Selamat Hari Raya Aidiladha Kemeriahan Aidiladha tak la sehebat A idilfitri di sini. Kalau di ...