FARM IN THE CITY Seri Kembangan
Hari tu ada pegi Farm in the city ni..Anak2 yg paling syok. Ye lah..diorang boleh jumpa macam2 haiwan dalam tempat ni. Tempat ni ala2 mini zoo laa.. Lokasi di Seri Kembangan..berdekatan dgn pasar borong & paling senang cari je Giant Seri kembangan. Tempat ni kt belakang Giant ni je.
Zamil mmg excited giler masuk kat sini.
Bagi makan kangkung je ye Zamil.. Rania time ni duk menjauhkan diri. Takut la tu. hehehe..
Macam2 jenis turtle ada. Yang xpenah tengok sebelum ni pun ada.
Alaa..gambar ikan nye x namapak..
Area burung2 & itik2..
Ni posing after bagi makan ikan kt belakang tu. Ada kolam macam tasik kat sini..Giler besar2 ikan die..
Dalam takut pun dia beranikan diri..bagus Rania..
Kanggaru yang pemalu.
Kat sini pun ada kafe untuk melepaskan lelah after penat melayan kerenah anak2.
Ni cuma sebahagian gambar aje.Coz sibuk layan anak2..paling best tengok aksi Zamil & Rania bersama dengan ayah bekerjsama menangkap ikan..Susah nak tangkapm ikan tu tapi dengan skill yang bagus akhirnya berjaya jugak diorang tangkap ikan tu. Tapi after tu kena lepaskan balik la..
Selain haiwan yang ada dalam gambar ni, ada juga kancil, ayam, angsa, arnab, juga spesis yg saya pun tak tau apa namanye.hehe..Also ada vegetable farm. Yang mana nak kenal pokok pisang ke pokok betik ke pokok rambutan ke kacang botol ke cili ke..macam2 lagi la...semua ada dalam kebun tu.
Fee : Untuk dewasa RM30 & kanak2 RM25
Kalau ambil family pakej iaitu 2 dewasa & 2 kanak2 dapat sekali minuman & voucher makanan. Murah sikit la kiranya.
Mon: 10.00am - 6.00pm
Tue: Closed
Wed - Fri : 10.00am - 6.00pm
Sat & Sun: 9.30am - 6.00pm
So till then.BYE
No comments:
Post a Comment