Friday, 31 January 2014

Survei sahaja ok..

Tajuk pun survei.., survei sahaja ok. Tapi survei apa kan? Hihi...

Around 4 pm tadi my hubby and i, saja la kuar dating berdua aje. Tanpa askar 2 orang tu la..sapa lagi kalau bukan Zamil dan Rania. Kunun2 nak berjalan-jalan la sekitar bandar Alor Setar ni.. First tempat yang kami tuju adalah pacific mall tapi tutup. Cuti tahun baru cina so kedai tutup. Alamak, mana mau pegi da?

Google lagi... akhirnya kami menuju ke City Mall.. Mall tu buka tapi banyak kedai yang tutup.. Dalam x banyak kedai yang buka tu sempat jugak sambar baju dan tudung. Hihi...

Last sekali kami singgah pekan rabu. Yang ni ramai orang sebab kedai buka macam biasa. Survei jajan2 yang nak di bawa balik nanti.

 Keadaan dalam Pekan Rabu. Macam2 barangan yang dijual.




 Apa yang menarik perhatian dia ye...



 Tengok je ke? Tak mau beli? hehe.. Sebenarnya design yang en suami nak x ada kat sini..xpe cari kat tempat lain lak.



 Pilih hubby..mana satu mau try makan. Kalau sedap sok nak balik kita borong.


 I pun nak selfie jugak..hihi..nanti nak balik KL baru singgah tapau semua jajan kat sini..



Thursday, 30 January 2014

Alor Staq aku datang!

Haha..patut letak cek mai...hihi..

Bertolak dari Tmn Puncak Jalil pukul 10 malam tadi menuju ke utara Malaysia. Cuti 4 hari percuma plus sehari cuti tahunan..maksudnya 5 hari cuti sempena Tahun Baru Cina..haa...walau tak sambut cuti tetap cuti..

Pi Alor Star kami duduk umah abang ipar aku  ( abg husband aku), mother in law pun memang duk skali kt situ..Jenjalan ngabiskan cuti, eratkan ikatan kekeluargaan, nak serahkan kad jemputan kawen adikku yang nak kawen bulan mac nanti dan ngabiskan duit since ada plan nak pegi padang besar..kihkih...

Nasib baik highway sangat lancar. Cuma dekat Slim River je jammed sikit. Lain tempat sangat lancar. Dari umah sampai ke perak, area mana lupa dah..hubby yang drive. Pastu aku sambung sampai umah abang Ijam..Time hubby tido dapatla aku tekan pedal tu sampai meter naik 140km/j. Hehehe....manyak syiok oo... Kalau dia sedar mampus kena marah..kihkih...

Akhirnya sampai dalam pukul 4 pagi. Lambat sikit sebab biasala...lepak rnr dulu...


 muka masing2 time sampai alor staq..kul 4.35 pg nak continue tido...hehe...



 Orait.. see ya!

Wednesday, 29 January 2014

OMG!!!

Ya Allah...lama giler kot x update blog aku ni...bz bz bz.....plus sekarang ni lagi bz. Coz dah nk dekat dengan kenduri kawen adik aku.. Macam2 benda nak kena setup.. tambah2 lagi mak tak sihat lately ni....

Since aku kawen bout 8 years ago... memang xde dah kenduri kawen from my family..opss lupa..adik aku yang bongsu tu dulu kawen x buat kenduri besar macam ni...so since that la tak merasa penat buat kerja2 kenduri ni...

 Story bout kerja2 kenduri ni aku update kat entry akan datang..sekarang tengah bz dengan others thing..chow...xoxo...

Wednesday, 22 January 2014

Oh My Mum!!!

 Sedih.. Bila tengok gambar2 ni rasa nak nangis lak. Huhu...
Abah called bagitau dia rasa tak sedap hati. Dia cakap mak nampak macam lain. Aku tanya la..lain yang macamana? Macam pelik la pulak sebab 2 minggu sebelum tu baru je jumpa. Nampak ok je. Tak de pape yang pelik pun.

Abah aku bagitau, bila dia bercakap dengan mak..lain yang dia cakap or tanya, lain yang mak jawab. Pastu, mak macam tak berapa dengar. Nak bercakap dengan mak kena sampai jerit2 sampai sakit tekak dia. Perghh!! Biar betul?

So, aku pun call la mak. Bercakap dengan dia. Hurmm... nampak la kelainan bila bercakap dengan dia. One thing yang ketara dia macam tak dapat tangkap apa yang aku cakap. Ah sudah...kenapa pulak ni?

Aku suh abah bawak mak pegi klinik kesihatan dekat dengan umah tu. Abah dekat klinik je aku call. Blood presure mak tinggi sangat2!! So doc kena rest kan mak dulu. Petang tu lak Angah (kakak aku) bawak mak pergi klinik (Raja ke Raju ke ntah la..).. Doc tu kata tengok dalam seminggu ni dulu. Kalau takde perubahan datang semula klinik tu. Aku tak puas hati lak. Dalam kepala aku ni duk terpikir. Kenapa mak jadi macam tu. Aku suh abah hantar pi spital. Tapi abah duk dengar cakap doc tu.

Aku ni kat umah still rasa tak puas hati. So decide nanti cuti nak balik jenguk mak. Sampai masa, aku pun balik dan terus bawak mak pi spital. Tapi sebelum tu bawak pi KLINIK SULAIMAN kat bandar Temerloh sebab kunun nak amik surat refer. Senang dah ada surat refer. Terkejut doc tu sebab dah seminggu mak macam tu baru nak bawak pi spital..Waaa!!!!  Maafkan ude mak...kalau ude balik awal sikit lagi cepat mak dapatkan rawatan..huhuhu...

Tak tunggu lama terus bawak pi HOSHAS.

Sampai HOSHAS terus ke bahagian emergency. After tunjuk surat refer mak terus naik kerusi roda ke bahagian emergency. Aku dengan angah settlekan pendaftaran. Husband & anak2 aku tinggalkan dekat umah angah. Biar diorang berehat kat sana.

Mak dah mula rasa tak selesa. Sian mak..huhu...sabar ye mak.. Doc sampai buat pemeriksaan kat mak.. check BP la..apa tah lagi.. Then ngadap aku(ceh..mcm anak raja nak kena ngadap kan..)
Doc cakap mak aku positif stroke. What?!! Stroke lagi?? Doc cakap mak kena Ischemic Stroke. So mak kena admitted. Nak kena buat scan. Paling sadis, mak tak kenal aku dah. Waaa!!! Mak kata aku adik dia..bukan anak dia.. Mak, ni ude mak..ni ude..ni shila ni mak...huhu...

 Zamil & Rania with Adam. Budak bertiga ni tak dapat naik melawat mak sebab bawah umur. Budak2 tak dibenarkan melawat. Melepak la kat lobby spital. Tapi diorg ni nak sangat tengok wan yang terlantar tu. Huhu..

 Second day dekat hospital mak dah mula ok. Dia cakap kat husband aku dia dah ingat aku. Tapi bila nak cakap sapa aku dia macam susah nak bagitau. Macam ingatan dia tu berlegar2 kat dalam kepala tapi dia tak boleh keluarkan. Kesiannya mak.. Doktor bagitau, ada sel2 otak mak yang dah mati. Maybe kesan dari stroke yang lama dulu. Mujur doc ni baik..dia terang kat aku sampai aku puas ati. Sorry doc, saya memang cerewet sikit bab2 macam ni.

 Walau sedih tapi kena jugak ceria demi mak. N aku memang suka selfie hokeh.. Ceriakan diri untuk ceriakan pesakit.

 Adik-beradik berhimpun melawat mak. Tang menjaga kena amik giliran la. Aku amik turn petang. Malam pertama & kedua ateh yang jaga.. siangnya aku bergilir dengan angah & abah. Kira okey la sebab 2 orang boleh tunggu sekali.. tak la bosan sangat kan.

 Gelak2 bagi mak happy

 Dapat jugak adam & zamil naik atas lawat wan ye.. Sebabnya diorg berdua ni cilok masuk ikut laluan petugas spital. Bijak2...



  Bergambar lagi..hehe..


Yeah.. Ingat naik atas duk saje ke.. Tolong picit wan ye.. bagus cucu2 wan ni kan..

Selfie lagi sebelum balik rumah..hehe..

After 4 hari menjaga mak, aku kena balik sebab tuntutan kerja. Alhamdulillah ada abah, angah & family serta pakcik aku yang jaga mak. Terima kasih doc2 yang merawat mak saya. Juga nurse2 yang mesra melayan mak & saya jugak. hehe.. Terima kasih semua.

Mak dah kena amik insulin untuk kencing manis. Ingatkan BP je yang tinggi rupanya gula dalam darah pun tinggi. Takpelah mak..makan je ubat2 & amik la insulin tu. Asalkan mak sihat.. Bulan Feb & Mac ni lak ateh nak kawen. Hopefully mak cepat sembuh. Mak kena sembuh sebab kan kita dah janji nak bercuti ke Langkawi mak... Mak kena sihat tau! Sayang mak!!!

Friday, 10 January 2014

Birthday Kak Min!!!

Ini merupakan 1st time untuk tahun 2014 ni kami gathering untuk celebrate birthday geng2 kat ofis.

So, Birthday Kak min membuka tirai 2014. Ekceli, birthday dia jatuh pada 1 Januari tapi baru sekarang ada kesempatan. Almaklum..awal tahun busy dengan anak2 nak masuk sekolah.

So nak makan kat mana kena tanya birthday gurl la. So, decided ke Chakri Palace di KLCC. Pilihan Farrah ni..Kak Min ikut je. Hahahaha...

 Chakri Palace...restoran Thai ni..

 Tu dia birthday gurl nya..

 Snap gambar berdua bersama mak buyung

 Selfie jap

 Adlina & Ayu(makbuyung gak ni)

 Muka bahagia gitu..

 Makanan lum sampai, so bergambar la

 Baru penuh gambar ni..

 Sesi bagi hadiah

 Reaksi birthday gurl..nampak tak reaksi dia..
siap yes yes yes!!! tu maksud memang suka giler la tu..

 Ala comel nye kak...

 kak min ni..walau dah masuk 40series tapi still cun! Kulit muka pun licin. Sangat menjaga. Salute la kak!

Ni antara menu yang kami order.

Kesimpulannya, makanan kat sini ok. Cuma Lina & adlina complaint Nasi nenas tu kureng sedap. Harga dia agak mahal jugak la. Well, kat KLCC kan...memang mahal lah!

Thursday, 2 January 2014

Zamil dah Tahun 1!!!

Oh my gucci!!! Zamil dah 7 yrs. Cepatnya masa berlalu. Macam baru je pregnant kan dia. Hihi..

Bermula lah episod baru dalam kehidupan aku & husband aku. Sebelum ni pukul 6.30 baru bangun tido. Tapi now pukul 5.30 aku dah siap kunci jam tuk bangun. Fuh!! Tengok la berapa lama boleh bertahan. Hahaha....

So bila dah ready nak sekolah, we all pun kuar la rumah. Biasa lah..nama pun 1st day kan..parents sure amik cuti punye la.. aku & hubby pun sama la.. Adik dia Rania pun sibuk nak ikut. So bawak sekali la.

Zamil akan bersekolah di SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN DESAMINIUM.

 Semangat dia nak bersekolah.

 Abang zamil bawak beg, adik pun nak jugak. Hai la anak.

 Lagi posing bersama adik
Pendaftaran Kelas

Cari nama & t/tangan

Berkumpul di tapak perhimpunan mengikut kelas yang dah diberikan. Zamil masuk kelas 1 kenyalang

Tiba2 dia tunduk bawah sambil tangan kat muka. Suspen jugak la time tu. Jangan dia nangis dah la

Lega.. dia tak menangis

Ni taklimat untuk para ibubapa

Taklimat untuk pelajar. Ibubapa sibuk duk kerumun kat situ walau banyak kali cikgu halau. Parents pun nak masuk kelas belajar sama kut..

Sayang anak sungguh diorang ni. Aku lak menjauhkan diri. Biar Zamil berdikari sikit. Datang sekolah nak belajar kot ni.. Jangan manja2 sangat kan...

Mural yang ada kat sekolah ni.. "Kalau mahu pandai, belajarlah! Kalau mahu berjaya, berusahalah!"

Pejam mata lak Zamil ni.

Ramai parents duk intai2 anak2 diorang. Aku pun termasuk sama lah. Juz nak tahu dia ok ke tak. Nampak aje muka kami, Zamil buat muka. Siap suruh balik lagi. Hahaha... Good Zamil!!! 


Actually, pada aku lagi bagus kalau anak kita dapat berdikari. Tak de lah sepanjang masa nak bergantung harap kat parents. Letih gak macam tu. Tak kan la nak tunggu sampai berhari hari kat sekolah kan. Aku dulu masa kecik2 pun mak tak tunggu. SO alhamdulillah Zamil pandai bawak diri

GOOD LUCK Zamil!!!


EID MUBARAK!!!

Salam Aidiladha, ( Sunday,October 5 2014) Selamat Hari Raya Aidiladha Kemeriahan Aidiladha tak la sehebat A idilfitri di sini. Kalau di ...