Thursday, 2 January 2014

Zamil dah Tahun 1!!!

Oh my gucci!!! Zamil dah 7 yrs. Cepatnya masa berlalu. Macam baru je pregnant kan dia. Hihi..

Bermula lah episod baru dalam kehidupan aku & husband aku. Sebelum ni pukul 6.30 baru bangun tido. Tapi now pukul 5.30 aku dah siap kunci jam tuk bangun. Fuh!! Tengok la berapa lama boleh bertahan. Hahaha....

So bila dah ready nak sekolah, we all pun kuar la rumah. Biasa lah..nama pun 1st day kan..parents sure amik cuti punye la.. aku & hubby pun sama la.. Adik dia Rania pun sibuk nak ikut. So bawak sekali la.

Zamil akan bersekolah di SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN DESAMINIUM.

 Semangat dia nak bersekolah.

 Abang zamil bawak beg, adik pun nak jugak. Hai la anak.

 Lagi posing bersama adik
Pendaftaran Kelas

Cari nama & t/tangan

Berkumpul di tapak perhimpunan mengikut kelas yang dah diberikan. Zamil masuk kelas 1 kenyalang

Tiba2 dia tunduk bawah sambil tangan kat muka. Suspen jugak la time tu. Jangan dia nangis dah la

Lega.. dia tak menangis

Ni taklimat untuk para ibubapa

Taklimat untuk pelajar. Ibubapa sibuk duk kerumun kat situ walau banyak kali cikgu halau. Parents pun nak masuk kelas belajar sama kut..

Sayang anak sungguh diorang ni. Aku lak menjauhkan diri. Biar Zamil berdikari sikit. Datang sekolah nak belajar kot ni.. Jangan manja2 sangat kan...

Mural yang ada kat sekolah ni.. "Kalau mahu pandai, belajarlah! Kalau mahu berjaya, berusahalah!"

Pejam mata lak Zamil ni.

Ramai parents duk intai2 anak2 diorang. Aku pun termasuk sama lah. Juz nak tahu dia ok ke tak. Nampak aje muka kami, Zamil buat muka. Siap suruh balik lagi. Hahaha... Good Zamil!!! 


Actually, pada aku lagi bagus kalau anak kita dapat berdikari. Tak de lah sepanjang masa nak bergantung harap kat parents. Letih gak macam tu. Tak kan la nak tunggu sampai berhari hari kat sekolah kan. Aku dulu masa kecik2 pun mak tak tunggu. SO alhamdulillah Zamil pandai bawak diri

GOOD LUCK Zamil!!!


No comments:

Post a Comment

EID MUBARAK!!!

Salam Aidiladha, ( Sunday,October 5 2014) Selamat Hari Raya Aidiladha Kemeriahan Aidiladha tak la sehebat A idilfitri di sini. Kalau di ...