Wednesday, 5 March 2014

CUTI2 LANGKAWI..part 1



Wahhh... Langkawi lagi. Last pegi Langkawi tahun lepas. Hehe.. Tahun ni pegi lagi sebab memang berhajat nak bawak mak & abah melancong ke Langkawi.

Booked tiket dari last year lagi sebab time tu Air Asia wat promo. So, called Ateh iaitu adik aku yang kawin baru ni..tanya bila tarikh diorang nak buat kenduri. Dia plan bulan Feb, so kira trip ni macam bercuti lepas penat bekerja time kenduri. Tapi lastly Ateh bagitau delay sikit. Just sempat kenduri belah pompuan bulan Feb. Belah kami kena delay la..sebab mak ayah pengantin aku dah booking nak bawak lari.. hahahaha...


DAY 1

Berbalik pada story pasal trip kali ni..bertolak dari KL petang sikit(dah tu je tiket yang dapat kan)..macam rugi 1 hari la..tapi tak pe lah..Baru sangat gak pegi Langkawi tu..hehe...

Naik Air asia (mcm biasa la, kena ada awak kat sana. Kalau tak karang kena tinggal.huhu...), rasa macam kesian lak kat mak & abah aku sebab kena naik tangga. Walau berdaya lagi tapi sebab dah tua kan..kesian lah..

Terima kasih kepada pasangan pengantin baru yang sudi hantar kami ke airport.hihi...

 Inilah parents aku. Sebelum naik bergambar dulu ye. Nak send kasi anak2 lain tengok mak+abah mereka happy ni..


Get ready untuk berlepas. Time ni Zamil duk takut2 kan wan dia. Haha...


Cantiknye la..biru jeee....




Dah pun sampai Langkawi. Sempat lagi snap gambar sebaik saja turun dr aircraft


Sampai saja kat airport terus call kete sewa. This time aku sewa almera. Masa pegi tahun lepas aku sewa vios. Tapi owner kete sewa tu dah naik kan rege kete sewa dia tu. So, aku cari la orang lain dan jumpa la yang murah sikit. Dulu dah merasa vios..la ni cek nak try almera lak. Ceh, macam aku lak yang drive.Padahal en suami yang drive. ahaha...

Dapat kete je kena pegi isi minyak dulu la. Sebab dapat kete minyak kete tu dah kelip2 dah. Bertuah la nak dapat yang full tank kan..

After that, check in dulu la. Kami xde la duk hotel2 besar ni. Sebab tahu dah, masa banyak habis kat luar. Balik pun untuk tidur je. Tak payah membazir la kan. Kami duk kat Pantai Cenang as Pantai Cenang ni happening sikit time malam. Cenang Rest House. Ini lah tempat kami berehat di Langkawi ni. 

Siap check in, kami pegi makan la sebab mak pun kena amik injection dalam pukul 7.30mlm. Makan kat area Cenang jugak la. Jalan kaki je sebab kedai tu memang dekat sangat dengan rest house tu.

After makan, malam tu xde la ke mana2 yang jauh..just jalan2 kat Cenang je..esok la nak berjalan pun..hari pun dah malam kan..sini xsesibuk KL. Zzzzz.....

DAY 2

Bangun pagi+sarapan..Makanan macam biasa la..ada roti canai, roti bom, nasi lemak, mihun goreng.
haha..korang nampak tak tulisan kat batang pokok tu? hehe...

Mulakan penjelajahan hari kedua kat Langkawi ni. Pagi ni kami menghala ke Oriental Village dan Cable Car. Nak naik cable car la kan. Tahun lepas tak dapat naik sebab under maintenance. Cable car terpanjang dan tertinggi asia tenggara. Diilham oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. Ianya  terletak di atas gunung matchincang kira 1000 meter dari aras laut.

Mulanya mak tak nak naik cable car tu. Gerun sikit. Tapi abah duk paksa naik jugak.hehe.. Akhirnya mak mengalah. Takut2 pun naik jugak.. Sian mak..hehe...

Memang mak takut pun. Bukan mak je, si kecik Rania pun takut. Siap kena peluk dia lagi. Zamil lak enjoying the moment. Aku seriau jugak la..sebab memang tinggi pun. Pastu rasa macam melayang2 gak.

Bergambar di depan pintu masuk Oriental Village. Masuk dalam ni baru le ke cable car.


Posing lagi. Ceria je muka masing2 kan


 Cantik dalam tempat ni.

 Berlatar belakang kan gunung matchinchang. 

 Dah xsabar nak naik cable car ni. Nampak x kat tepi en suami saya tu..

 Sebelum naik kena Q dulu.. Leh masuk 6 orang sekali. Zamil nampak excited sangat time ni.

 My parents n en suamiku.

 Rania yang takut2. Zamil lak teruja sangat tu

Lagi pic mak+abah

 Budak ni memang sangat2 enjoy kat atas ni

 Panas cuaca tapi masih nyaman sebab angin kuat juga

 Sky bridge. SRK penah shooting filem kat sini, Sayangnya masa aku datang ni under renovation. Dah lama tutup. Tak tau la bila akan dibuka semula.

 Ni hentian pertama.  Turun sekejap nak legakan hati yang berdebar. hihi

 Selfie en suami di hentian paling atas.

 Platform paling atas ni. Menara tinjau. Dapat tengok pemandangan Pulau Langkawi. Subhanallah...cantik sangat


Ni kat aras paling atas. Ada tempat tuk lepak2 atas ni


Dah turun semula ke bawah. Anak2 sibuk ajak naik kete kuda. Layankan je la.

After keluar dari Oriental Village & cable car ni..kami menuju ke Telaga Tujuh. Sampai je kat situ, Allah..kena mendaki baru leh sampai. Mak & abah dah surrender tak mo naik. Mulanya aku+en suami nak naik. Pastu  tak jadi la as kalau nak naik memang akan penat. Plus dah tengahari kang lapar lak.

Ni la tanda telaga tujuh tu. Nak naik atas lagi malas dah sebab budak 2 orang ni kang mintak dukung la..memang tak larat.

So, kami decide nak pegi Taman Agro Teknologi stesen MARDI Langkawi. Tempat ni memang bukak untuk pelancong.
 
 Kat Mardi kami dibawa ronda2 sekitar ladang tanaman dengan kenderaan ni la. Pemandu dia memang ramah abis. Memang la kena ramah kan..hehe

 Panjat Zamil. Kat pokok kelapa pun nak bergambar kan.hahaha..

Nenas kat belakang Zamil tu. Biasalah, budak zaman sekarang mana nak tau semua ni

Kat sini kami diberi merasa buah2an yang ada la. Tak semua buah ada. Almaklum lah...buah kan bermusim. Nak merasa banyak jenis kena datang time musim buah la. Time aku datang ni, bukan musim buah. Yang ada time ni seingat aku ada tembikai kuning+merah, tembikai susu, belimbing..ntah apa lagi. Dah x ingat dah.

 Time untuk merasa buah2 yang ada.

 Rania xmo yang lain. Nak tembikai je

 Hihi.. suami sapa la ni?? 

 Abah pun kena amik gambar gak ye.haha

 Kunun2 tengah mengangkat belimbing gergasi la tu.

 Kat sini mak seronok lebih. Lebih2 lagi dapat petik anggur tu sendiri; Hahaha...

Zamil pun seronok. Tapi anggur tu nampak kecik sangat. Katanye sebab cuaca sekarang terlalu panas.

Ni la anggur nya

After selesai di Mardi, kami pun nak balik ke rest house la. Tapi sebelum tu singgah ke perusahaan gamat. Mak nak cari minyak gamat. Aku pun nak cari jugak. Ada member ofis yang pesan.

 Tempat memproses minyak gamat

 Ni air gamat. Farrah, my officemate yang kirim

 Aku duk cari minyak gamat, diorang rehat kat sini. hihi


Celup jari nak rasa kepanasan minyak gamat tu. Pekerja tu cakap panas tapi tak la sampai melecur. Tu yang suruh en suami try test tu.

Then kami pun balik ke rest house. Rest kan badan la kan. Penat dah berjalan.

Malam nye kami makan kat restoran tepi laut. Dekat pantai cenang jugak. Dekat dengan Cenang Mall. Order ketam cili, sotong goreng tepung, kailan ikan masin, kembung bakar, telur dadar, siakap masak kicap. Lepas makan ronda2 kat cenang mall & sekitar pantai cenang. Banyak kedai2 cenderamata ada kat cenang ni. Shopping la sikit2 untuk mak+abah.

 Ketam masak cili

 Enjoy makanan atas table tu

Makan sampai lebam!

Panjang dah ni. Sambung esok lah..bye




No comments:

Post a Comment

EID MUBARAK!!!

Salam Aidiladha, ( Sunday,October 5 2014) Selamat Hari Raya Aidiladha Kemeriahan Aidiladha tak la sehebat A idilfitri di sini. Kalau di ...