Wednesday, 30 April 2014

Officemate nye farewell


Domino's Pizza ada.. roti jala ada...
Sate pun ada.. siap skali dengan nasi impit nye..

Makanan ni semua ada sebab aku ngan orang2 department aku nak buat farewell untuk Ira. Dia resign sebab dah dapat kerja kat tempat lain. Kata Ira, dia syok sangat dapat resign ni sebab memang dah bertahun jugak la dia nak berhenti. Dia nak kerja yang dia tak terikat dengan masa kut. 

Well, aku ngan Ira ni takde la rapat mana pun. Biasa2 je. She's chinese actually. Tapi dah converted to Islam. Alhamdulillah. Orangnya biasa2. Tak banyak cakap sangat. Nice jugak la. Wah...sisi positif saja ni. hehehe...Tak kan nak bagitau sisi negatif lak kan.. Share yang positif aje. haha.. 

Jadinya kami decided buat farewell untuk dia minggu terakhir dia bekerja sebagai staff Public Bank. Tapi disebabkan salah sorang officer  dh nak bersalin tapi nak jugak makan2 ni.. kami pun buat la seminggu awal dengan harapan dia sempat la makan2 dengan kami dan Ira. Tapi kuasa Allah mengatasi segalanya. Buat makan2 awal pun dia tak sempat merasa. hahaha... sorry Celine, next time okay.

 Jom jamu mata tengok gambar2 kami. Aksi jakun dengan monopod baru untuk selfie.hihi..
 Selfie la kunun.. hehe..


 Wah...bos aku pun sibuk nak pegang monopod tu. apa2 aje lah Mr Lee


 Dengan si manis Aini & si manis Adlina. Sempat lagi bos baru aku tu tunjuk peace!!

 Lagi pic selfie dengan adik2 manis


 Alolo...sorry aini..muka tak berapa nak nampak. saje je tu..kihkih..


 Aku sibuk makan korang sibuk selfie ek..


 Aik..semua pun gambar selfie ni..hai lah...


 Lagi??!!


 Apsal tutup muka dik..malu la kunun..
 Mak buyung ni asyik makan je..ber selfie pun pegang makanan..hai la kawan...


 Pulun habis dengan monopod tu..haha..




 With Priya yang malu2 alah.. asyik kena bash je dengan aku.. Gurau2 ye priya.


Ni la Ira. Muka tak de nampak macam cina langsung. Mula aku masuk kerja dulu aku ingat dia ni melayu. Tak pun mix ke. Tapi rupanya memang cina. Katanya dia suka sangat dengan gift tu. Kami bagi dia Quran & terjemahan. Cantik Quran tu...Rupa handbag lagi. Baca & fahami ye Ira. Semoga membantu Ira nanti.

Then hari terakhir nya sampai jugak. Sebelum nak balik sempatla salam2, bagi gift kecik2 lak tanda kenangan. Ucapan2 Good Luck untuk dia. Time bersalam dengan aku & Priya muka dia dah memerah. Alamak Ira..jangan nangis..jangan nangis!! Aku xle tengok orang nangis2 ni. Kang aku pun nangis sama..Waaa..!!!! Ira nangis juga.. Rosi!! Rosi!! Kawal diri..tahan...tahan...

Fuh!!...Seb baik bergenang je..tak sampai meleleh... hikhik...

Papepun.. Good Luck Ira. Semoga berjaya dengan apa yang awak bakal tempuh. Remember, this is what u want all this while rite. So fighting!!! caiyok caiyok!! ALL THE BEST TO U.

Babai Ira...babai all..

Tuesday, 29 April 2014

Akad nikah Ateh

Nak story sikit pasal wedding day ateh. Ateh? Well, ateh aka Duan or fullname nya Mohd Reduan merupakan adik aku. Adik bawah aku. Aku ada 2 orang adik je. Dua2 lelaki. Yang bongsu dah kawen pun. Kes langkah bendul..ahaha...

Well, majlis berlangsung kat Tampin..kat kuarters polis Tampin sebab mentua dia pegawai polis Tampin.

Majlis akad nikahnya on 21/2/2014. Hari jumaat selepas asar. Terpaksa la aku amik cuti. Banyak betul aku apply cuti awal2 tahun ni.Huhu..

Bertolak dari Puncak Jalil ke Tampin tengahari sebab nak tunggu anak bujang aku abis sekolah dulu pagi tu. Tapi xkisah sangat sebab Tampin tak la jauh pun. Sampai kat Tampin family aku dari Pahang dah lama sampai. So jumpa diorang semua kat rumah sedara belah abah aku. Langkah kanan betul..diorang baru nak makan..haha...join sekali la..

 Ni untuk acara batal air sembahyang


 Bergambar bersama pasangan pengantin baru. 


 Ni la dia adik aku Duan aka Ateh..Pasni tak de lagi dah yang bujang. Semua dah kawen


 Aik ipar yang baru.. Emy Fazliana
Welcome to d family..hehe..


 Peace!!


 Wif my Lovely Mum..

Rombongan Kak Mah dari Pahang



Sebelum nak ke surau tempat ijab kabul tu berlangsung, ada cerita lucu sikit terjadi. Disebabkan ni cuma majlis akad nikah, makcik2 yang follow tu kata x perlu bawak sekali hantaran. Bawak masa nak berarak esoknya. Tapi belah perempuan dah suruh adik aku bawak sekali. So sebab kita ke tempat orang kan, kena la ikut cara diorang.. Hal kecik je tu..hehehe...

Settle satu masalah dah on da way boleh pulak pengantin patah balik ke homestay. Boleh pulak tertinggal wallet. Kakakakakakaka... Boleh la lupa bawak kan..Gelojoh la tu..hihi..


Antara hantaran. Dalam sibuk2 aku dengan mak sampai lupa nak snap hantaran satu satu




 Ni baru nak kuar ke surau untuk akad majlis nikah


 Ateh dengan 'Kak Mek', penyeri & pelawak majlis..

Gelak ek... gelak la selagi boleh.hehe

Alhamdulillah....dengan sekali lafaz sah la sudah...


After selesai akad nikah kami di jamu minum petang tapi sebab perut masih kenyang aku just minum air je. 

Malam tu kiranya kami free la. Mula2 decide nak jalan2 ke bandar Tampin. Tak pun nak ke A Famosa Resort tapi hubby penat. Aku pun macam malas je. So, just makan malam sekitar hotel je. Lupa lak, aku & angah duk hotel sebab kat homestay tu dah ramai orang. Malas nak berhimpit himpit. Then merayap ke Giant yang ada area hotel tu jugak.

Ok lah..nanti aku update lak majlis kahwin nya. Cau Cin Cau...

Free Free Free...

Hi... Walau xde sapa pun yg aku nampak..hihi...

Nk story cite yang dah basi..hehe...last week nye story...


ALkisah...kecoh sekejap kt ofis.aku ni.. Time tu aku ngan membe2 ofis ni sibuk duk atur meja sebab nak buat makan2 sempena farewell Ira, officemate aku ni.. Terleteng2 gak la kepala aku nak tau..hehe...

OWH....Rupa2 nya ada orang duk bagi aiskrim free kat tepi bank ni..aiskrim apa? WHAT???!! Magnum??!! NAKKK!!!

SO, kebetulan nak amik sate yang aku order dengan Pakcik Syukur.. Singgah gak la kat tempat aiskrim tu..sikit punya ramai orang Q nk amik..tapi cepat je dapat aiskrim tu...

Ni la dia aiskrim nye...sedapp...tapi ofcoz la yang free adalah yang paling murah... Tapi tak kisah...Magnum ni kut..hehe..

Sorang dia bagi 2 bungkus aiskrim ni.. Then dua hari selepas tu diorang datang lagi. Kali ni diorang bagi sampai 3 sorang..best best...





 Magnun mini classic..jadi la kan..

 Sila abaikan orang tu...pandang aiskrim je ye..nyum nyum nyum



 Ni gambar dari tempat aku kat tkt 9. Masih ramai yang Q. Almaklum, 1 lori dia bawak..

Wednesday, 9 April 2014

Rania dah 4 tahun

HAPPY BIRTHDAY TO YOU
HAPPY BIRTHDAY TO YOU
HAPPY BIRTHDAY TO  RANIA
HAPPY BIRTHDAY TO YOU

Dah besar dah my sweet Rania. Kejap je masa berlalu. Macam baru semalam je lahirkan dia

So bila tiba je bulan April, mesti la nak celebrate birthday si comel tu. Bezanya tahun ni dia dah pandai mintak2 nak kek macam ni..kek macam tu..Well, my lil gurl dah besar ni...heh..

Birthday Rania ni jatuh pada 7 April. Tahun ni jatuh lak hari isnin..hurmmm...korban 1 hari bekerja aku.

Mujur ada membe yang memang buat bisnes kek ni..so order dari dia je..x payah nak kuar rumah pilih lagi. So my lil gurl macam2 nak mulanya. Lastly dia nak kek gambar hantu! Oh my baby!!!

 Hehe..  Ni la dia kek hantu my lil gurl.. Elmo rupanye.haha..

Then after pilih kek, pandai pula dia mintak hadiah. Cari kat mana tau? Cari kat internet. Gigih dia memujuk aku tiap2 hari..

Katanya, "Ibu, adik nak tengok gambar playdoh tu. Nanti mummy beli ek"
Kejap ibu..kejap mummy.. Tu semua skill nak pujuk aku la tu...hihi
Yang dia xtau..sebelum dia mintak aku dah buy dulu hadiah untuk dia. Hahaha..


 Ni lah my lil gurl..cinta hati aku..also my kinting..

Family picture..tp x lengkap. That day Abang Zamil x dapat join sebab sekolah.. sian abang..

Bergambar dengan ayah pula..


 Bergambar dengan kawan2 satu taska..excited budak2 tu..kunun geli la dengan badan elmo tu..tapi dah potong, masuk dalam mulut jugak..kenyang je..hilang geli tadi.


 Sungguh tak sangka, hadiah yang my hubby & i dah belikan untuk si kecik ni, yg tu juga lah dia tunjukkan dalam internet yang dia tengok tu. Alhamdulillah...syukur dia suka. Juga syukur apa yang dia nak kami dapat tunaikan.

Ya Allah...rahmatilah anak kecil ku ini..sihatkanlah tubuh badannya. Jadikan lah dia anak yang solehah yang dapat berbakti pada agama dan bangsanya. Jauhkan la dia dari mala petaka & api neraka MU..Lindungilah dia dari syaitan yang menyesatkan..juga dari segala keburukan. Limpahkan lah segala kebaikanMu ke atas dirinya. Sesungguhnya padaMu ku bermohon Amin....

EID MUBARAK!!!

Salam Aidiladha, ( Sunday,October 5 2014) Selamat Hari Raya Aidiladha Kemeriahan Aidiladha tak la sehebat A idilfitri di sini. Kalau di ...