Tuesday, 29 April 2014

Akad nikah Ateh

Nak story sikit pasal wedding day ateh. Ateh? Well, ateh aka Duan or fullname nya Mohd Reduan merupakan adik aku. Adik bawah aku. Aku ada 2 orang adik je. Dua2 lelaki. Yang bongsu dah kawen pun. Kes langkah bendul..ahaha...

Well, majlis berlangsung kat Tampin..kat kuarters polis Tampin sebab mentua dia pegawai polis Tampin.

Majlis akad nikahnya on 21/2/2014. Hari jumaat selepas asar. Terpaksa la aku amik cuti. Banyak betul aku apply cuti awal2 tahun ni.Huhu..

Bertolak dari Puncak Jalil ke Tampin tengahari sebab nak tunggu anak bujang aku abis sekolah dulu pagi tu. Tapi xkisah sangat sebab Tampin tak la jauh pun. Sampai kat Tampin family aku dari Pahang dah lama sampai. So jumpa diorang semua kat rumah sedara belah abah aku. Langkah kanan betul..diorang baru nak makan..haha...join sekali la..

 Ni untuk acara batal air sembahyang


 Bergambar bersama pasangan pengantin baru. 


 Ni la dia adik aku Duan aka Ateh..Pasni tak de lagi dah yang bujang. Semua dah kawen


 Aik ipar yang baru.. Emy Fazliana
Welcome to d family..hehe..


 Peace!!


 Wif my Lovely Mum..

Rombongan Kak Mah dari Pahang



Sebelum nak ke surau tempat ijab kabul tu berlangsung, ada cerita lucu sikit terjadi. Disebabkan ni cuma majlis akad nikah, makcik2 yang follow tu kata x perlu bawak sekali hantaran. Bawak masa nak berarak esoknya. Tapi belah perempuan dah suruh adik aku bawak sekali. So sebab kita ke tempat orang kan, kena la ikut cara diorang.. Hal kecik je tu..hehehe...

Settle satu masalah dah on da way boleh pulak pengantin patah balik ke homestay. Boleh pulak tertinggal wallet. Kakakakakakaka... Boleh la lupa bawak kan..Gelojoh la tu..hihi..


Antara hantaran. Dalam sibuk2 aku dengan mak sampai lupa nak snap hantaran satu satu




 Ni baru nak kuar ke surau untuk akad majlis nikah


 Ateh dengan 'Kak Mek', penyeri & pelawak majlis..

Gelak ek... gelak la selagi boleh.hehe

Alhamdulillah....dengan sekali lafaz sah la sudah...


After selesai akad nikah kami di jamu minum petang tapi sebab perut masih kenyang aku just minum air je. 

Malam tu kiranya kami free la. Mula2 decide nak jalan2 ke bandar Tampin. Tak pun nak ke A Famosa Resort tapi hubby penat. Aku pun macam malas je. So, just makan malam sekitar hotel je. Lupa lak, aku & angah duk hotel sebab kat homestay tu dah ramai orang. Malas nak berhimpit himpit. Then merayap ke Giant yang ada area hotel tu jugak.

Ok lah..nanti aku update lak majlis kahwin nya. Cau Cin Cau...

No comments:

Post a Comment

EID MUBARAK!!!

Salam Aidiladha, ( Sunday,October 5 2014) Selamat Hari Raya Aidiladha Kemeriahan Aidiladha tak la sehebat A idilfitri di sini. Kalau di ...